cantik

cantik

Kamis, 13 Februari 2014

CERITA BUNGA SAKURA

Sebuah cerita tentang “Bunga Sakura”

Kembangnya bunga sakura di Jepun mengenangkan aku kepada kampung aku di Malaysia.Bagaimana ibu aku?Bagaimana ayah aku?Sihat tak mereka agaknya?Macam mana dia?Aku duduk di sebuah taman di Tokyo.Dalam kesibukkan aku melihat langit yang membiru,hembusan bayu menampar wajah aku.Melihat keliling dan berfikir tentang kehidupan aku sendiri.Kisah aku yang lepas datang mematangkan aku dalam segalanya kehidupan depan.Aku kini bukan permainan yang tiada hati dan perasaan.Aku tabah dalam segala dugaan.Melihat di taman dan melihat bunga sakura yang berguguran mengenangkan aku kisah-kisah di sana yang sungguh menyedihkan.Walau apapun aku merindui Malaysia yang tercinta.
Ayah dan ibu aku merindui kamu.
Aku tiba-tiba terpandang satu sudut pokok sakura yang sedang ditiup angin.Melihat pada bunga-bunganya yang teguh di ranting dan tak jatuh ke bawah walaupun angin makin kuat pergi.Tiba-tiba angin terlampau laju menghempas pokok itu.Bunganya layu gugur jatuh ke bumi dengan banyak.Aku terfikir,apa yang telah terjadi kepada bunga-bunga ini.Bukankah tadi ia teguh dan tabah berada di rantingnya sendiri.Lagi sekali aku melihat kawasan taman.Orang ramai berjalan-jalan.Kemudian,aku terkenangkan kampung halaman.Fikiran aku jauh melayang hingga ke seberang lautan.
Otak aku mula mengenangkan kisah itu.
“Adiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiikkkkkkk….!!!!!”,ayah aku.
“Yerrrrr……!!”,aku menjawab.
“Dah siap ke belum..asal lambat sangat nih.Cepatlah…!!!”,ayah aku marah.
“Lerrr..jap ler nak ambik bendera nih”,aku jawab lagi.
Pandangan aku masih dalam pencarian.Aku mula kembalikan kenangan lalu.
“Adik….Adik….Adik…Bangun…Bangun dik..Dah pagi nih”,ibu ku kejutkan.
“Hah??Pukul berapa nih??Hari aper nih??Emm,ngantuklah”,menjawab sambil menggeliat.
Memandang ke jendela.Melihat wajah-wajah seceria pagi sang bunga yang sedang mendapatkan matahari.Wah seronoknya mata memandang mereka semua.Aku memang dari kecil sudah menyukai bunga-bungaan dan lautan.Bagi aku kehijauan dunia adalah tempat aku mencari segala ketenangan tersirat di dunia ini.Sungguhpun orang berkata, apa yang ada pada ‘mereka’ ini yang ingin kau jadikan ianya satu ketenangan?Bagi aku,ini kebesaran tuhan yang tiada siapa dapat memahami kenapa?bagaimana? ianya hidup.
Seperti bunga,is memerlukan matahari.Begitu juga pokok yang memerlukan akar.Begitu jugalah manusia yang memerlukan Al-Quran sebagai sokongan kepada arah tujuan hidup mereka.Aku dididik begitu mudah orang kedua orang tua aku.Diberikan kasih sayang sepenuhnya buat aku dan dengan kasih sayang ini mereka ingin melihat aku berjaya kelak.Dalam pelajaran,aku bukanlah ‘core’ sangat.Aku dalam keadaan pelajar yang sederhana.Perangai??Di sekolah aku hanya sebagai diri aku yang sebenar,cuma sedikir hipokrit kerana tertakluk kepada peraturan sekolah.Tapi,apabila aku di luar,kasih sayang yang diberikan seperti terlalu memanjakan.
Aku seperti bukan yang diharapkan.Bergaul laki dan perempuan tanpa batas.Mencuba segala yang terlintas di depan mata.Umur baru setahun jagung saja,mula mencuba pelbagai benda orang dewasa.Dari buat jahat sampailah merokok jadinya.Nasib baik aku masih boleh membataskan pergaulan dan masih lagi tahu asal usul aku.Melepak adalah kerja rutin aku tiap-tiap hari minggu.Melepak dengan kawan sebaya dan bercerita tentang apa saja yang berlaku di dunia kami semua.Pelik juga,aku dan kawan-kwan bukannya ada tanggungjawab seperti dewasa,tapi masih ingin bercerita entah apa-apa.
Ada satu ketika,sambil aku menghisap rokok ingin melalui satu jalan yang penuh sesak dengan kenderaan yang laju-laju.Orang memandang seperti aku ini lain dari mereka.Aku juga manusia dari kata hati aku.Apa yang bezanya aku dengan mereka?Takkan sebab sebatang rokok ini sudah membezakan segala-galanya.Aku kemudian berjalan di sekitar puduraya.Tetiba perjalanan aku terhenti.Aku terlanggar seorang gadis.Dia berpakaian kampung dan tidak seperti orang bandar melihat dia.Dia pergi sepintas saja.melihat dia pergi begitu saja,tidak pula aku lihat wajah dia sebetulnya.

1 komentar: